Salah satu alat terbaik yang anda
boleh miliki untuk kempen pemasaran emel adalah autoresponder. Terdapat banyak
faedah yang anda boleh dapat melalui sistem begini, tetapi perkara terbaik
ialah autoresponder akan menguruskan kempen pemasaran anda sepanjang masa tanpa
kegagalan, yang juga bermaksud anda sebagus jurujual 24-jam untuk mempromosikan
kempen pemasaran online anda. Pernahkah anda lihat surat jualan yang
memberitahu anda bahawa mereka akan menjawab pertanyaan anda walaupun pukul 2
pagi? Jangan menganggap bahawa mereka terus berjaga sepanjang masa mengawasi
peti surat mereka. Tetapi sebenarnya mereka menggunakan autoresponder yang
menghantar respon automatik ke sistem pertanyaan, dengan segera.
Kepada orang yang menerima, ini
benar-benar ciri yang hebat. Mereka tidak perlu menunggu, mereka mendapat semua
jawapan dengan segera. Semasa anda merancang untuk mengautomasikan tugas
sebanyak mungkin demi menjimatkan masa untuk tugas penting yang lain, anda
memang tidak boleh abaikan autoresponder.
Mari kita lihat beberapa faedah
yang anda dapat dengan autoresponder:-
Ia Membina Squeeze Page
Inilah satu faedah terbaik. Pada
squeeze page, anda memerlukan butang yang pelawat perlu isi dengan nama dan
emel mereka. Autoresponder ada kod lazim yang anda boleh guna pada laman web
anda yang mana menghasilkan borang-borang ini. Bukan itu saja, ia boleh
merekodkan maklumat yang pelawat anda letakkan dan menyimpannya dengan selamat
untuk komunikasi kemudian hari.
Ia Menghantar Jawapan Segera
Sebaik saja alamat emel diterima,
autoresponder akan hantarkan mereka jawapan segera, yang mana secara automatik.
Anda boleh tetapkan jawapan ini pada bila-bila masa supaya jawapan yang anda
buat itu akan menuju ke orang-orang ini. Kata-kata ialah tugas anda, servis
ialah tugas autoresponder.
Ia Meneruskan Kempen Pemasaran
Emel Anda
Apabila anda hendak menghantar
emel promosi selanjutnya kepada semua lead ini, anda tidak perlu mengisi semua
alamat mereka secara manual. Autoresponder yang telah menyimpan maklumat mereka
akan menghantar emel-emel ini kepada semua orang yang berada dalam senarai itu
dengan segera.
Ia Mengesan Jawapan
Sebarang jenis respon yang emel
ini terima akan direkodkan oleh autoresponder dan akan dilaporkan kepada anda.
Anda tidak perlu mengesannya langsung. Hakikatnya, anda boleh mengautomasikan
jawapan kepada mereka melalui autoresponder- autoresponder ini.
Perkara terbaik ialah tanggapan.
Lead anda akan mengetahui betapa tekunnya anda tentang seluruh perkara ini.
Mereka akan rasa gembira membuat bisnes dengan anda kerana ketepatan servis
yang anda pamerkan melalui autoresponder yang hebat ini.
No comments:
Post a Comment