Kesilapan Ketiga :
Spam Dengan Bermacam-Macam Tawaran.
Antara kesilapan paling teruk dalam pemasaran
emel adalah melakukan promosi membuta tuli. Anda perlu faham, pemilik emel
adalah manusia dan bukannya robot. Manusia mempunyai perasaan. Jika anda
melakukan promosi membuta tuli, pemilik emel menganggap anda sebagai spammer.
Oleh itu, secara rasminya kreibiliti anda akan tercalar.
Anda perlukan langkah yang konsisten. Tidak
mengapa jika anda bermula lewat untuk sesuatu cabaran affiliate, yang penting
hubungan anda dengan subscriber anda selamat. Jika tidak, emel yang anda hantar
pasti akan di cop spam oleh pemilik emel atau lebih teruk mereka akan terus setkan
alamat emel anda sebagai spam.
Mulakan promosi dengan pengenalan produk,
kemudian sertakan kehebatan produk tersebut, risiko yang perlu di tanggung dan
seterusnya membawa pelanggan untuk melakukan tindakan iaitu membeli.
No comments:
Post a Comment