Salah satu
kesilapan terbesar perniagaan yang sering lakukan ialah mereka hanya fikir
untuk memenuhi tabung mereka. Mereka tiada rasa hormat terhadap pelanggan
mereka, padahal pelangganlah sebenarnya yang menukarkan perniagaan kepada perusahaan
bisnes yang berjaya. Ada juga cerita lain. Terdapat sesetengah orang yang ada hati
di tempat yang betul. Mereka sedar bahawa mereka mesti menyediakan kualiti yang
baik kepada pelanggan mereka. Mereka memang melakukannya. Tetapi kemudian
mereka tidak dapat buat orang yang mereka ‘target’ faham bahawa mereka
menyediakan kualiti yang hebat. Mereka kekurangan kata-kata peransang. Mereka
kekurangan kuasa untuk mencapai sasaran.
Ciri penting
untuk berjaya dalam apa jua perniagaan ialah seni meyakinkan orang.
Anda mesti
yakinkan orang bahawa:-
®
Produk anda wajar dengan minat mereka. Anda ada
sesuatu untuk diberikan kepada mereka yang orang lain tiada.
®
Produk anda lebih baik daripada produk-produk
lain di pasaran.
®
Produk anda sarat dengan faedah-faedah yang
boleh buat memudahkan kehidupan mereka.
®
Produk anda tidak semahal produk lain, atau
sekurang-kurangnya, berbaloi dengan jumlah wang yang dilaburkan.
Apabila anda
membawa perkara-perkara ini menyeberangi populasi sasaran anda, anda pasti
berjaya membangunkan perniagaan anda. Ebook ini membawakan anda ke pelbagai
cara yang anda boleh guna untuk meyakinkan orang supaya mereka berurusniaga
dengan anda.
Tetapi kita akan
menyatakan dengan jelas cara terbaik itu sendiri di sini. Cara terbaik,
mestilah, membuatkan orang faham mengapa mereka harus berfikir untuk membeli
produk anda. Orang harus tahu apakah benda istimewa yang produk anda boleh
tawarkan kepada mereka. Mereka harus faham mengapa mereka inginkan produk anda.
Cipta
keperluan. Bisnes akan ikut.
Lihat di
sekeliling. Syarikat-syarikat besar juga menggunakan strategi ini. Mereka
bersuara tentang satu ciri unik yang produk mereka ada, satu cara yang mana
mereka boleh penuhi keperluan tertentu. Walaupun 99% kandungan produk
menyerupai produk yang lebih murah di pasaran, orang lebih terpikat pada produk
yang diiklankan dengan lebih baik, asalkan ia barkait rapat dengan bagaimana ia
mampu memenuhi keperluan penting yang khusus.
No comments:
Post a Comment