Ebook
ialah buku elektronik. Ia adalah buku yang dicipta oleh computer dan dibuat
tersedia melalui muat turun online. Ia cara yang sangat mudah memperoleh
maklumat untuk orang yang mahukannya. Jika orang mahukannya, mereka cuma perlu
klik butang muat turun. Itulah sebab kebanyakan jualan eBook di Internet
berlaku hanya mengikut naluri. Orang tidak membuat apa-apa keputusan aktif
untuk membeli eBook – mereka sekadar menjumpainya, menyukainya dan muat
turunnya. Dan oleh kerana anda akan buat eBook tentang subjek yang menarik
minat anda, terdapat banyak peluang orang membelinya daripada laman web atau
blog anda.
Jadi
bagaimana cara anda menulis eBook?
Perkara
pertama ialah menumpukan perhatian pada subjek yang anda ingin cakapkan.
Tentulah, anda hendak menulis tentang topik kegemaran anda, tetapi anda boleh berkisar
pada satu aspek untuk kebaikan suatu eBook. Seperti, jika memasak ialah minat
anda, anda boleh fokus pada hanya satu aspek pada satu masa. Anda boleh tulis
eBook tentang resipi telur, contohnya. Ini memberikan anda tumpuan yang lebih
baik.
Dengan
subjek dalam minda anda, fikirkan topiknya. Ingatlah bahawa topik-topik ini
mestilah apa yang orang suka baca. Anda mesti buat halaman kandungan. Apabila
halaman kandungan telah sedia, anda tahu anda telah rangkumi semua yang anda
perlu cakap apabila eBook telah siap. Menyusun halaman kandungan ialah langkah
pertama yang sangat penting dalam membina eBook. Ia memberikan penulis arah dan
fokus.
Sekarang,
untuk setiap subjek, anda mesti pastikan anda ada beberapa maklumat yang bagus
untuk disampaikan. Jenis maklumat berikut berkesan dalam eBook:-
®
Tip dan petua
®
Kaedah Do-it-yourself (Buat Sendiri)
®
Pengalaman dan kisah peribadi
®
Penulisan yang bermotivasi
®
Fakta yang menarik dan kurang dikenali ramai
®
Link laman web untuk mendapatkan lebih banyak
maklumat
Anda
sudah faham semuanya. Anda mesti tambahkan nilai ke dalam eBook anda. Berikan
sebanyak mana maklumat berguna yang anda boleh beri.
Sekarang,
duduk dan tulis. Anda mesti letakkan hati dan semangat anda ke dalam penulisan
itu kerana ini ialah subjek yang menarik minat anda.
Ingatlah
juga untuk buatkan eBook anda kemas. Berikut ialah beberapa tip berguna yang
akan anda perlu gunakan:-
®
Gunakan font yang bagus
®
Gunakan tajuk dan tajuk kecil
®
Gunakan bahasa mudah
Biarkan
idea anda mengalir dengan teratur.
No comments:
Post a Comment