Cukup mudah untuk memberikan
sesuatu secara percuma di laman anda, jika anda ada sesuatu untuk diberikan.
Mungkin anda ada laporan istimewa yang anda sanggup berikan secara percuma demi
untuk menjual produk akhir yang lebih tinggi, atau mungkin anda mahu
bekerjasama dengan orang lain dalam industri anda untuk membantu membawa trafik
ke laman web anda dengan mempromosikan laman web anda menggunakan produk mereka
seperti giveaway.
Bekerjasama dengan usahawan lain
dikenali sebagai “JV(Joint Venture) Giveaway”. Usahawan-usahawan itu semuanya
bergabung tenaga untuk membawa trafik ke
suatu laman web di mana benda percuma akan diberikan, dengan demikian membawa
trafik ke laman di mana usahawan-usahawan mahu pelanggan pergi. Untuk
melibatkan diri dengan kerjasama ini anda perlukan perisian untuk membantu anda
menguruskan acara itu. http://www.squidoo.com/jvgiveawayscript
bukan sahaja ada skrip seperti itu, tetapi anda juga akan jumpa link ke orang
lain yang cuba menguruskan acara giveaway, yang mana mungkin lebih mudah
daripada cuba menguruskan giveaway milik anda sendiri, terutamanya pada kali
pertama. JV Giveaway membantu mendapatkan trafik ke giveaway anda di mana anda
mungkin sebaliknya tidak ada satu trafik pun.
Satu giveaway mudah untuk
usahawan maklumat ialah “e-kursus” pendek yang mana menjangkau tempoh 5 atau 7
hari. Pelawat mendaftar ke senarai mailing opt-in dan memperoleh maklumat
daripada anda secara percuma. Sepanjang e-kursus itu anda tentulah meletakkan
link ke servis atau produk yang lebih besar milik anda. Seperti artikel anda,
maklumat dalam e-kursus ini perlulah berguna, tetapi ia perlulah tidak seberapa
berbanding apa yang sedia ada dalam produk maklumat anda yang penuh dan
berbayar. E-kursus juga bagus untuk jenis-jenis produk yang lain: anda boleh
berikan satu e-kursus dengan 7 resipi periuk masakan jika apa yang anda
pasarkan itu ialah periuk masakan terhebat di dunia ini. Dengan demikian, giveaway
tidak perlu terlalu mahal untuk dibuat, dan boleh berbeza-beza dalam pelbagai
skop.
E-kursus juga mempunyai kesan
membina senarai mailing orang yang benar-benar berminat dengan produk atau
servis anda. Apabila anda buatkan orang mendaftar dalam list ini, pastikan anda
tidak meng’optin’kan mereka semata-mata ke e-kursus sahaja. Anda mahu mereka
masukkan alamat emel mereka, “Untuk memerima e-kursus percuma tentang Bowling,
dan laporan istimewa tentang apa-apa saja yang berkaitan dengan Bowling!” Dengan cara itu, mereka ada amaran
semasa anda hantarkan mereka penerbitan pelancaran produk yang padat dan
terbaru. Pastikan anda ikuti peraturan-peraturan semasa menyiapkan senarai emel
opt-in supaya anda tidak berkesudahan melakukan spam.
Ebook, E-kursus,
podcast, seminar video pendek dan laporan kecil semuanya menjadikan “give-away”
yang bagus. Ia murah dan tanpa kos untuk dihasilkan dan ia membantu
menggambarkan nilai produk atau servis anda. Seperti dalam bentuk pemasaran
Internet yang lain, anda memberikan sedikit kandungan berkualiti untuk membawa
orang yang menggemarinya menuju ke produk anda. Anda juga dengan mudah boleh
membuat giveaway dengan strategi bookmarking sosial, blogging, dan rangkaian
sosial anda.
No comments:
Post a Comment