Pages

busuk

Wednesday, 21 August 2013

5 Kesilapan Ketika Melakukan Pemasaran Emel part 1



Di sini, saya akan huraikan perkara yang tidak patut anda lakukan ketika melakukan pemasaran emel. Kadang-kadang kita terlalu terkehadapan ketika melakukan  sesuatu sehingga terlupa beberapa perkara yang tidak patut kita lakukan.
Kesilapan Pertama : Terlalu Obses Dengan Bilangan Emel Dalam Senarai Emel.
Ini adalah kesilapan biasa bagi seorang newbie. Mereka menganggap pemasaran emel hanya berkesan kalau mempunyai list yang banyak. Sifat ini perlu di buang kerana apa yang penting adalah kadar responsif dalam senarai emel anda.
IM yang bijak akan sentiasa memberi maklumat berguna kepada subscriber mereka di samping menyuruh mereka yang tidak mahu lagi menerima tips untuk unsubscribe. Adalah penting untuk sentiasa menyuruh list unsubscribe jika mereka tidak berminat kerana anda bayar untuk setiap emel yang di daftar pada autoresponder anda. Jangan bazirkan wang untuk golongan ini.
Memiliki senarai emel yang banyak hanya akan merugikan anda jika kebanyakan darinya adalah tidak responsif. Katakan anda mempunyai 20000 emel tetapi setiap kali anda menghantar emel, hanya 20 peratus sahaja yang membuka dan membacanya. Apa yang terjadi pada 16000 emel yang lain.
Kenapa anda perlu membazirkan wang membayar yuran autoresponder untuk menyimpan emel yang tidak berguna di dalam sistem autoresponder anda. Oleh itu, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah belajar untuk membina list yang responsif sejak dari awal lagi.

No comments:

Post a Comment