Kesilapan Keempat : Menghantar Emel Yang Terlalu
Panjang.
Siapa suka membaca? Jika anda masih belajar,
mungkin. Jika anda sudah mempunyai keluarga dan bekerja, mungkin tidak. Anda
silap jika anda ingat pemilik emel akan membaca semua yang anda tulis kerana
anda juga tidak pernah lakukan, kenapa orang lain akan lakukan.
Kebanyakan IM bersifat tamak dengan melakukan
promosi 3 hingga 4 produk dalam satu emel. Tahukah anda? betapa menyampahnya
pemilik emel untuk menerime emel yang panjang dari anda. Cukup sahaja menulis
emel yang ringkas dan padat. Ada pakar IM mencadangkan untuk menghantar emel
dalam 300 hingga 400 perkataan sahaja dan saya rasa cadangan tersebut mungkin
betul.
No comments:
Post a Comment