Sebelum memulukan perniagaan, langkah
pertama yang perlu anda lakukan adalah memilih topik produk maklumat anda. Jika
anda pakar dalam topik tertentu, anda mungkin mahu fikirkan untuk mencipta
produk info pertama anda dalam bidang itu. Ini akan membuatkan proses
penciptaan produk lebih cepat dan lebih mudah.
Terdapat dua jenis pasaran yang anda akan mahu fikirkan:
ü Pasaran
Terdesak
ü Pasaran
Minat
Pasaran Terdesak adalah mereka
yang mana pengguna biasa yang mempunyai masalah yang dia terdesak untuk
diselesaikan. Niche-niche ini termasuklah perkara-perkara seperti masalah
jerawat, pengurusan berat badan, sakit kepala, sakit belakang, insomnia, dan
niche-niche yang seumpamanya.
Niche-niche ini bagus untuk
mencipta produk maklumat, kerana orang
seringkali akan melakukan apa saja untuk menyelesaikan masalah mereka,
walaupun membeli produk maklumat. Sebagai seorang usahawan, anda mesti cuba
untuk mengambil peluang dari pasaran sebegini kerana pasaran berada pada tahap
permintaan yang tinggi. Samada anda tahu atau tidak, ciri terbaik produk yang
dapat dijual adalah produk yang dapat mennyelesaikan masalah. Contoh produk
seperti ini di Malaysia adalah Rahsia Lulus Teknik Temuduga Kerja Kerajaan yang
mana pasaran (pembeli) perlu tahu cara-cara bagaimana untuk lulus temuduga
kerja kerajaan.
Niche Minat adalah mereka yang
mana pengguna biasa memiliki minat atau hobi yang mereka gemari. Contohnya
termasuklah niche seperti golf, baseball mengumpul kad, bermain permainan
video, memancing, dan sukan-sukan dan
hobi lain yang serupa. Prospek kebiasaannya mencari sesuatu yang dapat
meningkatkan nilai minat mereka. Contohnya seorang peminat permainan video
pastinya akan mencari panduan berkaitan permainan video tersebut terutamanya
dalam menguasai teknik-teknik sukar permainan.
Dengan mengenal pasti pasaran
sebegini, anda akan dapat menentukan permintaan dalam pasaran dan seterusnya
menawarkan produk mengikut permintaan pasaran.
No comments:
Post a Comment