Bila disebut tentang produk digital, ianya terdiri dari
pelbagai aspek digital seperti perisian, audio, video, ebook dan beberapa lagi
aspek digital lain. Masalah dalam penerbitan produk adalah apakah format
digital yang sesuai untuk menerbitkan sesebuah produk.
Kebanyakan produk digital adalah dalam format eBook, yang
mana adalah jenis buku yang boleh dimuat turun dan dibaca di komputer atau
alat-alat elektronik lain. Format sebegini banyak digunakan dalam penerbitan
produk-produk informasi. Hal ini kerana, eBook dapat dicetak dan dibaca dalam
bentuk buku (hardcopy). Secara langsung ianya tetap dapat memberikan perasaan
yang sama seperti membaca buku yang dibeli dikedai.
Video adalah format yang amat popular. Sesetengah orang
lebih gemar maklumat mereka dalam format video kerana ia lebih menyeronokkan,
tetapi anda perlu ingat bahawa tidak semua orang menggemari kandungan
video.
Terdapat juga orang yang mempunyai sambungan Internet
perlahan yang tidak boleh tonton video secara online, jadi anda mesti pastikan
untuk menawarkan kandungan bertulis bagi mereka yang tidak boleh muat turun
video.
Audio adalah satu lagi kemungkinan. Anda boleh baca eBook
anda dan letakkannya dalam format audio, upah jurucakap untuk bercakap bagi
pihak anda, atau anda boleh tawarkan fail audio tambahan yang mempertingkatkan
nilai produk anda. Sebagai contoh, jika anda ada produk tafakur, anda boleh
tawarkan muzik yang menenangkan hati atau bunyi-bunyian alam semulajadi.
Anda boleh juga gunakan kombinasi format-format ini dan
cipta satu tawaran pakej. Ini akan membuatkan tawaran anda lebih memikat kepada
pendengar yang lebih berbagai-bagai, dan ia juga akan membuatkan produk anda
nampak lebih bernilai berbanding hanya eBook tunggal. Anda harus ingat, prospek
mempunyai keinginan yang berbeza. untuk menarik minat prospek, anda harus
memberikan mereka sesuatu yang mereka minati.
No comments:
Post a Comment