Jika squeeze pages adalah yang benar-benar membawa orang
ke bisnes pemasaran rangkaian anda, maka anda perlulah bersikap serius. Inilah
beberapa cara untuk mempertingkatkan keupayaan praktik lead generation anda
demi memastikan anda mendapat pulangan yang setimpal.
Kaedah-kaedah ini
membicarakan tentang apa yang anda mesti buat dengan lead capture page anda.
Squeeze page, adalah laman di mana anda meminta alamat emel seseorang sebelum
anda membawa mereka ke tempat di mana mereka boleh muat turun hadiah percuma
yang telah anda janjikan. Ini biasanya dibuat melalui blog mereka. Mereka
menerbitkan iklan kecil di mana-mana tempat pada page itu di mana mereka
memberitahu anda mereka boleh muat turun eBook percuma atau mungkin
subscribe(melanggan) ke newsletter. Tetapi link itu membawa mereka ke lead
capture page terlebih dahulu. Selepas mereka masukkan alamat emel mereka,
mereka akan dibawa ke page muat turun. Muslihat ini selalunya menjadi kerana
orang memang mengharapkan hadiah percuma, yang mana membuatkan mereka sedikit
pun tidak kisah memberikan alamat mereka.
Inilah tip-tip untuk
mempertingkatkan keupayaan lead capture page yang sangat-sangat penting ini.
Gunakan Heading yang Bagus
Inilah yang mula-mula
merebut perhatian pembaca . Pamerkan
faedah-faedah di heading itu sendiri. Beritahu mereka yang mereka boleh
jadi kaya, dsb. Pendek kata, headline mestilah seolah-olah memaksa orang terus
membaca.
Nyatakan Faedah-faedahnya
Pastikan anda menyebut satu
persatu faedah menyertai peluang anda pada squeeze page. Tidak perlulah terlalu
terperinci – ini bukannya surat jualan. Tetapi tulis cukup hanya untuk menarik
minat mereka.
Gunakan Multimedia
Gunakan audio dan video
sebaik-baiknya. Ia menarik perhatian lebih baik berbanding teks. Juga, dalam
klip media ini, tunjukkan faedah meng’optin’ ke list anda.
Cara Yang Kemas
Kandungan yang tidak bermutu
dalam lead capture page anda sebenarnya mendatangkan kesan yang sebalik dari yang
diharapkan kerana ia boleh menganggu tumpuan prospek anda. Tulis dengan cara
yang kemas, gunakan senarai bullet dan nombor. Gunakan bahasa yang baik dan
jangan lakukan kesalahan tatabahasa. Pecahkan kandungan anda kepada subheading
yang bagus.
No comments:
Post a Comment