Satu
cara terbaik anda boleh promosikan minat anda di seluruh Internet ialah
memulakan komuniti online tentang minat tersebut. Komuniti-komuniti online
berfungsi dengan cara yang sama berfungsi di dunia offline. Anda mempunyai orang
yang sama minat yang menjadi sebahagian daripada komuniti sebegitu dan
sama-sama membincangkan topik-topik yang menarik.
Mereka
boleh membuat post tentang:-
®
Pengalaman mereka
®
Tip dan petua yang mereka boleh berikan
®
Cara mereka membuat perkara-perkara yang
berkaitan dengan subjek
®
Meminta bimbingan daripada orang lain
®
Membeli dan menjual barang
®
Meminta pendapat daripada orang lain sebelum
membeli produk
®
Bergurau senda tentang subjek tertentu
Jadi
boleh lihat bahawa komuniti online adalah tempat terbaik untuk disertai sama
ada anda mahu berbincang secara umum tentang subjek atau dapatkan bimbingan
berguna tentangnya. Tidak hairanlah yang hampir setiap pengguna Internet adalah
sebahagian daripada pelbagai komuniti masa kini.
Berikut
ialah beberapa laman web rangkaian sosial yang paling menarik di Internet. Ia
adalah yang terbaik kerana memiliki jumlah ahli yang besar. Sekarang, bagaimana
ia membantu anda? Mudah saja, jumlah ahli yang besar bermaksud skop yang lebih
hebat untuk memiliki orang yang mempunyai minat tertentu. Juga, kerana terdapat
jumlah orang yang sebegitu besar di sini, pelbagai aktiviti sentiasa
berlangsung, yang mana membuatkan seluruh komuniti amat aktif.
Pada
ketiga-tiga laman web ini, anda boleh membuat post tentang profil lengkap anda,
dengan gambar dan link laman web anda jika ada. Anda boleh beritahu apa yang
anda minati. Apabila anda hadir dalam komuniti itu, anda boleh cari kumpulan
yang membincangkan subjek kegemaran anda di dalam komuniti itu.
Walaubagaimanapun, jika anda telah mendedahkan minat anda, ada kemungkinan
bahawa orang yang mempunyai minat yang sama akan datang mencari anda.
Anda boleh
membincangkan segala perkara yang mungkin tentang topik kegemaran anda. Dan,
secara sengaja atau tidak, anda boleh membina pasaran yang besar untuk diri
anda sendiri dalam komuniti tersebut.
No comments:
Post a Comment