Pages

busuk

Sunday, 28 July 2013

3 langkah mudah membina list part 2



Kedua : Menghantar Emel Yang Menggoda.

Langkah kedua adalah menghantar emel yang menggoda. Dalam melakukan godaan, anda perlu berfikiran seperti seorang professional. Ini untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Apabila anda menggoda pelanggan dengan sesuatu yang anda tidak dapat tunaikan, ia pasti akan menyusahkan anda di kemudian hari.
Teknik menggoda ada beberapa bahagian yang anda perlu beri perhatian. Berdasarkan kriteria yang saya senaraikan di atas, saya tahu dengan jelas apa yang subscriber saya mahukan. Ada 3 langkah yang selalunya akan menyebabkan manusia tergoda.
Langkah tersebut adalah.
  1. Percuma
  2. Mudah.
  3. Cepat.

Sekarang, berdasarkan kriteria dalam langkah pertama, saya pilih beberapa jenis kriteria untuk jadikan senjata dalam membentuk emel menggoda. Kriteria tersebut adalah sensitif, ingin kurus, tidak ada masa dan seorang yang bijak.
Sekarang, saya gabungkan 3 langkah menggoda dengan kriteria yang saya pilih untuk membentuk satu emel yang menggoda dan seterusnya membentuk satu list yang sangat-sangat responsif.
Lihat contoh emel di bawah.

[Badan Kurus] Tips pertama untuk kuruskan badan.
Assalammualaikum {First_name}
Harap sihat selalu.

Anda ingin kurus? Begitu juga dengan saya.
Saya selalu menganggap untuk kuruskan badan,
saya perlu berusaha kuat. Sebenarnya tidak, kerana,
untuk kuruskan badan , saya hanya perlu menjalani
beberapa prosedur yang ringkas sahaja.

Dengan mengikuti prosuder ini saya berjaya
mengurangkan berat badan sebanyak 5 KG dalam
3 hari sahaja. Saya sungguh terkejut kerana prosuder
yang saya jalani adalah tersangat ringkas dan saya
langsung tidak mengjangka bahawa kesannya
secepat ini.

Saya langsung tidak mengambil sebarang ubat dan
ia berlaku dalam keadaan semulajadi. Saya juga tidak
mengeluarkan sebarang kos ketika mengikuti prosuder ini.
saya harap anda juga boleh mencuba prosuder ini

[Di sini anda letakkan link ke blog  atau link download untuk pdf]

Saya harap anda mencuba dan memberi maklum balas
Kepada saya.

Analisis Emel Di Atas.
Jika anda perhatikan emel di atas, saya terapkan segalam prosuder untuk menggoda pelanggan dan juga menyentuh sifat peribadi subscriber saya. Jangan terkejut jika saya mengatakan bahawa saya berjaya memperoleh berates-ratus maklum balas berdasarkan emel ringkas di atas. Yang pasti, saya telah memberi tanggapan yang baik pada subscriber saya.
Untuk memastikan anda sentiasa rapat dengan mailing list anda, anda juga boleh sentiasa menghantar emel menggoda ini kepada list anda. Untuk kesan lebih mantap, sentias bertanyakan perkembangan mereka yang telah mencuba teknik yang anda cadangkan.

No comments:

Post a Comment