Luangkan sedikit masa berfikir tentang
J.K. Rowling. Atau fikir tentang Roger Ebert. Atau fikir tentang Donald Trump.
Atau fikir tentang Paul Greengrass. Inilah orang-orang yang amat kaya. Tetapi
apa yang buatkan mereka kaya? Mereka menjadi kaya bukan melalui perkara yang
mereka tidak suka buat – mereka kaya melalui perkara yang mereka benar-benar
suka buat, perkara yang mereka fikir ia memang wujud untuk diri mereka.
J. K. Rowling mempunyai minat menulis
sejak dia kecil. Dia mula menulis semasa dia masih seorang budak. Meskipun
pelbagai kepayahan dalam hidupnya, dia tidak putus asa. Dia terus menulis
bila-bila masa dia boleh. Dengan dua anak dalam tanggungan, wanita ini
menjelmakan fenomena fiksyen dalam generasi kita – Harry Potter. Semasa dia
membuat Harry Potter, pernahkah dia fikir dia boleh jadi lebih kaya daripada
Permaisuri? Tidak pernah sama sekali. Dia sekadar menulis. Dia berikan lubang
kepada minatnya. Yang lain hanya berlaku.
Mungkin tiada cinematophile yang gilakan
filem seperti Roger Ebert. Dia menulis ulasan filem yang boleh dikatakan untuk
setiap filem yang diterbitkan. Lihatlah bagaimana dia menukarkan minatnya
terhadap filem kepada kerjaya? Ulasan filemnya adalah paling tinggi hadiahnya
dan dia dibayar dengan banyak kerana menonton filem dan menulis hasil
pemerhatian tentang filem tersebut!
Perlukah seseorang bercakap apa-apa
tentang Donald Trump? Perniagaan ialah kehandalannya, minatnya. Dan dia tidak
boleh dihentikan. Apabila dia ada satu urusniaga berjalan, dia melabur ke dalam
urusniaga lain. Dia juga tiada masa untuk berhenti dan fikir tentang wang. Dia
cuma berikan lubang kepada minat semulajadinya, membenarkan minat itu
mempamerkan dirinya sendiri dalam apa-apa cara yang ia mahu.
Paul Greengrass dikenali sebagai salah
seorang pengarah yang paling baru mendapat kuasa di Hollywood hari ini. Cara
pengarahannya pernah dikritik sebelum ini, terutamanya kegemarannya menggunakan
shaky camera moves (pergerakan kamera bergoyang), tetapi adakah dia
‘membengkokkan’ caranya untuk menyenangkan hati diktator tadi? Tidak, tidak!
Dan apa yang dia dapat? Siri The Bourne! Dan filemnya menjadi kegilaan. Tidak
lupa juga, dia telah menjadi sangat kaya.
Kejar minat anda. Jangan pedulikan ejekan.
Adakah anda mahir tentang sesuatu, sangat mahir yang anda rasa ia mampu
memberikan anda wang? Jadi jangan ragu-ragu lagi. Anda memang memilikinya dalam
diri anda untuk buat duit daripadanya.
No comments:
Post a Comment