Pages

busuk

Showing posts with label list name. Show all posts
Showing posts with label list name. Show all posts

Tuesday, 3 September 2013

Membuat Squeeze Pages yang Hebat



Jika squeeze pages adalah yang benar-benar membawa orang ke bisnes pemasaran rangkaian anda, maka anda perlulah bersikap serius. Inilah beberapa cara untuk mempertingkatkan keupayaan praktik lead generation anda demi memastikan anda mendapat pulangan yang setimpal.

Kaedah-kaedah ini membicarakan tentang apa yang anda mesti buat dengan lead capture page anda. Squeeze page, adalah laman di mana anda meminta alamat emel seseorang sebelum anda membawa mereka ke tempat di mana mereka boleh muat turun hadiah percuma yang telah anda janjikan. Ini biasanya dibuat melalui blog mereka. Mereka menerbitkan iklan kecil di mana-mana tempat pada page itu di mana mereka memberitahu anda mereka boleh muat turun eBook percuma atau mungkin subscribe(melanggan) ke newsletter. Tetapi link itu membawa mereka ke lead capture page terlebih dahulu. Selepas mereka masukkan alamat emel mereka, mereka akan dibawa ke page muat turun. Muslihat ini selalunya menjadi kerana orang memang mengharapkan hadiah percuma, yang mana membuatkan mereka sedikit pun tidak kisah memberikan alamat mereka.

Inilah tip-tip untuk mempertingkatkan keupayaan lead capture page yang sangat-sangat penting ini.

Gunakan Heading yang Bagus

Inilah yang mula-mula merebut perhatian pembaca . Pamerkan  faedah-faedah di heading itu sendiri. Beritahu mereka yang mereka boleh jadi kaya, dsb. Pendek kata, headline mestilah seolah-olah memaksa orang terus membaca.


Nyatakan Faedah-faedahnya

Pastikan anda menyebut satu persatu faedah menyertai peluang anda pada squeeze page. Tidak perlulah terlalu terperinci – ini bukannya surat jualan. Tetapi tulis cukup hanya untuk menarik minat mereka.

Gunakan Multimedia

Gunakan audio dan video sebaik-baiknya. Ia menarik perhatian lebih baik berbanding teks. Juga, dalam klip media ini, tunjukkan faedah meng’optin’ ke list anda.

Cara Yang Kemas

Kandungan yang tidak bermutu dalam lead capture page anda sebenarnya mendatangkan kesan yang sebalik dari yang diharapkan kerana ia boleh menganggu tumpuan prospek anda. Tulis dengan cara yang kemas, gunakan senarai bullet dan nombor. Gunakan bahasa yang baik dan jangan lakukan kesalahan tatabahasa. Pecahkan kandungan anda kepada subheading yang bagus.

Friday, 16 August 2013

Yakinkan Prospek Dengan Produk Anda



Salah satu kesilapan terbesar perniagaan yang sering lakukan ialah mereka hanya fikir untuk memenuhi tabung mereka. Mereka tiada rasa hormat terhadap pelanggan mereka, padahal pelangganlah sebenarnya yang menukarkan perniagaan kepada perusahaan bisnes yang berjaya. Ada juga cerita lain. Terdapat sesetengah orang yang ada hati di tempat yang betul. Mereka sedar bahawa mereka mesti menyediakan kualiti yang baik kepada pelanggan mereka. Mereka memang melakukannya. Tetapi kemudian mereka tidak dapat buat orang yang mereka ‘target’ faham bahawa mereka menyediakan kualiti yang hebat. Mereka kekurangan kata-kata peransang. Mereka kekurangan kuasa untuk mencapai sasaran.

Ciri penting untuk berjaya dalam apa jua perniagaan ialah seni meyakinkan orang.

Anda mesti yakinkan orang bahawa:-
®    Produk anda wajar dengan minat mereka. Anda ada sesuatu untuk diberikan kepada mereka yang orang lain tiada.
®    Produk anda lebih baik daripada produk-produk lain di pasaran.
®    Produk anda sarat dengan faedah-faedah yang boleh buat memudahkan kehidupan mereka.
®    Produk anda tidak semahal produk lain, atau sekurang-kurangnya, berbaloi dengan jumlah wang yang dilaburkan.

Apabila anda membawa perkara-perkara ini menyeberangi populasi sasaran anda, anda pasti berjaya membangunkan perniagaan anda. Ebook ini membawakan anda ke pelbagai cara yang anda boleh guna untuk meyakinkan orang supaya mereka berurusniaga dengan anda.

Tetapi kita akan menyatakan dengan jelas cara terbaik itu sendiri di sini. Cara terbaik, mestilah, membuatkan orang faham mengapa mereka harus berfikir untuk membeli produk anda. Orang harus tahu apakah benda istimewa yang produk anda boleh tawarkan kepada mereka. Mereka harus faham mengapa mereka inginkan produk anda.

Cipta keperluan. Bisnes akan ikut.

Lihat di sekeliling. Syarikat-syarikat besar juga menggunakan strategi ini. Mereka bersuara tentang satu ciri unik yang produk mereka ada, satu cara yang mana mereka boleh penuhi keperluan tertentu. Walaupun 99% kandungan produk menyerupai produk yang lebih murah di pasaran, orang lebih terpikat pada produk yang diiklankan dengan lebih baik, asalkan ia barkait rapat dengan bagaimana ia mampu memenuhi keperluan penting yang khusus.

Sunday, 28 July 2013

3 langkah mudah membina list part 1




Membina list yang responsif memerlukan perancangan yang agak teliti. Bukan terlalu teliti tetapi hanya sekadar sederhana sahaja. Kita sudah tahu kebaikan untuk membina list yang responsif. Sekarang, saya akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana anda hendak membina list yang responsif.

Pertama: Ketahui Latar Belakang Pelanggan Anda.

Untuk memastikan segala keinginan subscriber anda tertunai, kita perlu lakukan sedikit siasatan rambang mengenai personaliti subscriber anda berdasarkan produk atau niche anda.
Katakan anda mengumpul list dalam niche kuruskan badan. Anda boleh senaraikan seberapa banyak kriteria yang mungkin ada pada mereka yang ingin menguruskan badan. Contohnya di bawah:
  1. Kebanyakan orang gemuk adalah pendiam dan seorang yang gembira.
  2. Mungkin perempuan atau lelaki.
  3. Mungkin isteri yang berumur 30 tahun ke atas.
  4. Kalau lelaki mungkin mengalami obesiti dari kecil atau selepas perkahwinan.
  5. Sifat seorang yang mengalami obesiti adalah
-       Mudah sensitif
-       Rendah diri.
-       Pendiam.
-       Menyembunyikan perkara sebenar.
-       Sentiasa bernafsu untuk makan.
-       Sentiasa berada di dalam dilemma.
  1. Tidak aktif bersukan.
  2. Biasanya seorang yang bijak. Namun, kebanyakan darinya adalah kurang bijak dan malas.
  3. Melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan tenaga.
  4. Amat tidak selesa jika di beri tekanan.
  5. Tidak ada masa untuk melakukan senaman.

Senarai kriteria di atas adalah contoh kriteria bagi bakal subscriber saya dalam bahagian niche kuruskan badan. Selepas itu, saya perlu kecilkan lagi skop subscriber saya.Katakan produk yang saya keluarkan adalah berbunyi begini, Program kuruskan badan melalui senaman.
Beradasarkan tajuk ebook saya, saya akan ramalkan golongan mana yang akan membeli ebook tersebut dari saya. Saya kecilkan skop di atas kepada senarai di bawah.
  1. Golongan remaja dan lelaki. Perempuan selalunya tidak berminat untuk melakukan senaman terutamanya seorang suri rumah.
  2. Mereka yang mempunyai banyak masa. Senaman memerlukan banyak masa untuk di adaptasikan dan sudah tentu mereka yang mempunyai banyak masa akan membeli produk ini.
  3. Sudah bersedia sepenuhnya. Tajuk pada ebook ini menunjukkan bahawa mereka yang bersedia untuk memberi komitmen sahaja yang berminat untuk membelinya. Mereka bersedia untuk lakukan apa sahaja yang perlu untuk menguruskan badan.
Amat penting untuk kita mengetahui dengan jelas apa yang subscriber kita mampu lakukan supaya apabila kita menghantar emel kepada mereka, kita akan menggunakan ayat-ayat yang tepat. Berdasarkan kriteria yang saya tulis di atas, saya faham bahawa mereka yang berbadan besar ini sensitif. Jadi, ketika saya hendak menghantar emel kepada mereka, saya tidak akan sesekali mengecilkan hati mereka. Dengan ini, list saya akan menjadi lebih responsif dari biasa.

3 langkah mudah membina list part 2



Kedua : Menghantar Emel Yang Menggoda.

Langkah kedua adalah menghantar emel yang menggoda. Dalam melakukan godaan, anda perlu berfikiran seperti seorang professional. Ini untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Apabila anda menggoda pelanggan dengan sesuatu yang anda tidak dapat tunaikan, ia pasti akan menyusahkan anda di kemudian hari.
Teknik menggoda ada beberapa bahagian yang anda perlu beri perhatian. Berdasarkan kriteria yang saya senaraikan di atas, saya tahu dengan jelas apa yang subscriber saya mahukan. Ada 3 langkah yang selalunya akan menyebabkan manusia tergoda.
Langkah tersebut adalah.
  1. Percuma
  2. Mudah.
  3. Cepat.

Sekarang, berdasarkan kriteria dalam langkah pertama, saya pilih beberapa jenis kriteria untuk jadikan senjata dalam membentuk emel menggoda. Kriteria tersebut adalah sensitif, ingin kurus, tidak ada masa dan seorang yang bijak.
Sekarang, saya gabungkan 3 langkah menggoda dengan kriteria yang saya pilih untuk membentuk satu emel yang menggoda dan seterusnya membentuk satu list yang sangat-sangat responsif.
Lihat contoh emel di bawah.

[Badan Kurus] Tips pertama untuk kuruskan badan.
Assalammualaikum {First_name}
Harap sihat selalu.

Anda ingin kurus? Begitu juga dengan saya.
Saya selalu menganggap untuk kuruskan badan,
saya perlu berusaha kuat. Sebenarnya tidak, kerana,
untuk kuruskan badan , saya hanya perlu menjalani
beberapa prosedur yang ringkas sahaja.

Dengan mengikuti prosuder ini saya berjaya
mengurangkan berat badan sebanyak 5 KG dalam
3 hari sahaja. Saya sungguh terkejut kerana prosuder
yang saya jalani adalah tersangat ringkas dan saya
langsung tidak mengjangka bahawa kesannya
secepat ini.

Saya langsung tidak mengambil sebarang ubat dan
ia berlaku dalam keadaan semulajadi. Saya juga tidak
mengeluarkan sebarang kos ketika mengikuti prosuder ini.
saya harap anda juga boleh mencuba prosuder ini

[Di sini anda letakkan link ke blog  atau link download untuk pdf]

Saya harap anda mencuba dan memberi maklum balas
Kepada saya.

Analisis Emel Di Atas.
Jika anda perhatikan emel di atas, saya terapkan segalam prosuder untuk menggoda pelanggan dan juga menyentuh sifat peribadi subscriber saya. Jangan terkejut jika saya mengatakan bahawa saya berjaya memperoleh berates-ratus maklum balas berdasarkan emel ringkas di atas. Yang pasti, saya telah memberi tanggapan yang baik pada subscriber saya.
Untuk memastikan anda sentiasa rapat dengan mailing list anda, anda juga boleh sentiasa menghantar emel menggoda ini kepada list anda. Untuk kesan lebih mantap, sentias bertanyakan perkembangan mereka yang telah mencuba teknik yang anda cadangkan.

3 Langkah Mudah Membina List Responsif part 3



Langkah Ketiga : Jadikan List Sebagai Rakan Anda.
 

Subscriber anda juga merupakan manusia dan mereka suka berinteraksi dan berkongsi masalah. Untuk mengambil sifat manusia yang lemah ini, anda boleh menjadikan mereka sebagai rakan. Caranya adalah dengan membuka akaun facebook, twitter atau blog khas untuk mereka.

Hantar satu emel kepada subscriber anda dan jemput mereka untuk menjadi rakan anda di laman web sosial. Percayalah, mereka amat berterima kasih dengan anda kerana menjemput mereka untuk berkongsi masalah dengan anda. Selepas itu, anda ulang langkah pertama hingga ketiga. Lama kelamaan, list anda akan menjadi sangat responsif.