Membina list yang responsif memerlukan perancangan yang agak
teliti. Bukan terlalu teliti tetapi hanya sekadar sederhana sahaja. Kita sudah
tahu kebaikan untuk membina list yang responsif. Sekarang, saya akan tunjukkan
langkah demi langkah bagaimana anda hendak membina list yang responsif.
Pertama: Ketahui
Latar Belakang Pelanggan Anda.
Untuk memastikan segala keinginan subscriber anda tertunai,
kita perlu lakukan sedikit siasatan rambang mengenai personaliti subscriber
anda berdasarkan produk atau niche anda.
Katakan
anda mengumpul list dalam niche kuruskan badan. Anda boleh senaraikan seberapa
banyak kriteria yang mungkin ada pada mereka yang ingin menguruskan badan.
Contohnya di bawah:
- Kebanyakan orang gemuk adalah pendiam dan seorang yang gembira.
- Mungkin perempuan atau lelaki.
- Mungkin isteri yang berumur 30 tahun ke atas.
- Kalau lelaki mungkin mengalami obesiti dari kecil atau selepas perkahwinan.
- Sifat seorang yang mengalami obesiti adalah
- Mudah sensitif
- Rendah diri.
- Pendiam.
- Menyembunyikan perkara sebenar.
- Sentiasa bernafsu untuk makan.
- Sentiasa berada di dalam dilemma.
- Tidak aktif bersukan.
- Biasanya seorang yang bijak. Namun, kebanyakan darinya adalah kurang bijak dan malas.
- Melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan tenaga.
- Amat tidak selesa jika di beri tekanan.
- Tidak ada masa untuk melakukan senaman.
Senarai
kriteria di atas adalah contoh kriteria bagi bakal subscriber saya dalam
bahagian niche kuruskan badan. Selepas itu, saya perlu kecilkan lagi skop subscriber
saya.Katakan produk yang saya keluarkan adalah berbunyi begini, Program kuruskan badan melalui senaman.
Beradasarkan tajuk ebook saya, saya akan ramalkan golongan
mana yang akan membeli ebook tersebut dari saya. Saya kecilkan skop di atas
kepada senarai di bawah.
- Golongan remaja dan lelaki. Perempuan selalunya tidak berminat untuk melakukan senaman terutamanya seorang suri rumah.
- Mereka yang mempunyai banyak masa. Senaman memerlukan banyak masa untuk di adaptasikan dan sudah tentu mereka yang mempunyai banyak masa akan membeli produk ini.
- Sudah bersedia sepenuhnya. Tajuk pada ebook ini menunjukkan bahawa mereka yang bersedia untuk memberi komitmen sahaja yang berminat untuk membelinya. Mereka bersedia untuk lakukan apa sahaja yang perlu untuk menguruskan badan.
Amat penting untuk kita mengetahui dengan jelas apa yang
subscriber kita mampu lakukan supaya apabila kita menghantar emel kepada
mereka, kita akan menggunakan ayat-ayat yang tepat. Berdasarkan kriteria yang
saya tulis di atas, saya faham bahawa mereka yang berbadan besar ini sensitif.
Jadi, ketika saya hendak menghantar emel kepada mereka, saya tidak akan
sesekali mengecilkan hati mereka. Dengan ini, list saya akan menjadi lebih responsif dari biasa.
No comments:
Post a Comment