Pages

busuk

Wednesday, 7 August 2013

Prinsip dan Etika Perniagaan



Bukannya mustahil untuk buat duit melalui minat anda, tetapi oleh kerana ia ada kaitan dengan mana-mana peluang buat duit lain, anda mesti ingat yang terdapat beberapa prinsip dan etika yang anda perlu ikut. Kita akan lihat sedikit di sini.

1.       Dengan apa sahaja yang anda berurusan, amat penting untuk anda menghormatinya. Jika minat anda ialah mengumpul wang, pastikan anda hasilkan rasa hormat yang betul untuk aktiviti-aktiviti anda. Anda tidak boleh mula dengan terang-terangan mengkritik dan mencaci subjek ini. Anda boleh kritik, tetapi kemudian anda mesti berikan alasan atas apa yang anda cakap. Ingatlah yang anda cuba buat duit di sini. Oleh kerana pendengar sasaran anda akan menjadi orang lain yang juga minat dengan subjek ini, anda tidak akan peroleh apa-apa jika anda campak lumpur padanya tanpa sebab.

2.      Jadilah orang yang berpengetahuan. Orang yang akan datang kepada anda sudah tahu asasnya. Apa yang mereka mahu belajar ialah sudut pandangan seorang lagi pakar dalam subjek ini. Pastikan yang anda tahu semua terma dengan baik dan semua fakta anda betul.

3.      Ikuti peredaran masa. Perkara akan berubah dengan cepat, walau apa saja skop minat anda. Sentiasa bergerak-gerak mempelajari benda baru. Mungkin idea yang bagus menggunakan Google Alert yang mana boleh beritahu anda apa yang sedang berlaku di sekeliling anda.

4.      Cepat bertindakbalas. Apabila orang mencapai anda, mereka harap untuk bergaul dengan orang lain yang ada minat yang sama dengan anda. Mereka mencapai anda dengan sedikit harapan dalam minda mereka. Jangan nafikan ini. Jika anda nafikan, anda sebenarnya menghalang orang lain.

Ini membawakan kita ke prinsip kelima. Sentiasa luaskan lingkungan pergaulan dengan orang lain. Jika anda cuba buat duit daripada subjek yang anda minati, bergaullah dengan orang lain yang sama fikiran dengan anda. Lebih ramai orang yang anda bergaul, lebih banyak perkara yang anda boleh bincangkan.

Friday, 2 August 2013

Menjana Pendapatan Dengan eBook



Ebook ialah buku elektronik. Ia adalah buku yang dicipta oleh computer dan dibuat tersedia melalui muat turun online. Ia cara yang sangat mudah memperoleh maklumat untuk orang yang mahukannya. Jika orang mahukannya, mereka cuma perlu klik butang muat turun. Itulah sebab kebanyakan jualan eBook di Internet berlaku hanya mengikut naluri. Orang tidak membuat apa-apa keputusan aktif untuk membeli eBook – mereka sekadar menjumpainya, menyukainya dan muat turunnya. Dan oleh kerana anda akan buat eBook tentang subjek yang menarik minat anda, terdapat banyak peluang orang membelinya daripada laman web atau blog anda.

Jadi bagaimana cara anda menulis eBook?

Perkara pertama ialah menumpukan perhatian pada subjek yang anda ingin cakapkan. Tentulah, anda hendak menulis tentang topik kegemaran anda, tetapi anda boleh berkisar pada satu aspek untuk kebaikan suatu eBook. Seperti, jika memasak ialah minat anda, anda boleh fokus pada hanya satu aspek pada satu masa. Anda boleh tulis eBook tentang resipi telur, contohnya. Ini memberikan anda tumpuan yang lebih baik.

Dengan subjek dalam minda anda, fikirkan topiknya. Ingatlah bahawa topik-topik ini mestilah apa yang orang suka baca. Anda mesti buat halaman kandungan. Apabila halaman kandungan telah sedia, anda tahu anda telah rangkumi semua yang anda perlu cakap apabila eBook telah siap. Menyusun halaman kandungan ialah langkah pertama yang sangat penting dalam membina eBook. Ia memberikan penulis arah dan fokus.

Sekarang, untuk setiap subjek, anda mesti pastikan anda ada beberapa maklumat yang bagus untuk disampaikan. Jenis maklumat berikut berkesan dalam eBook:-
®    Tip dan petua
®    Kaedah Do-it-yourself (Buat Sendiri)
®    Pengalaman dan kisah peribadi
®    Penulisan yang bermotivasi
®    Fakta yang menarik dan kurang dikenali ramai
®    Link laman web untuk mendapatkan lebih banyak maklumat

Anda sudah faham semuanya. Anda mesti tambahkan nilai ke dalam eBook anda. Berikan sebanyak mana maklumat berguna yang anda boleh beri.

Sekarang, duduk dan tulis. Anda mesti letakkan hati dan semangat anda ke dalam penulisan itu kerana ini ialah subjek yang menarik minat anda.

Ingatlah juga untuk buatkan eBook anda kemas. Berikut ialah beberapa tip berguna yang akan anda perlu gunakan:-
®    Gunakan font yang bagus
®    Gunakan tajuk dan tajuk kecil
®    Gunakan bahasa mudah
Biarkan idea anda mengalir dengan teratur.