Pages

busuk

Monday, 26 August 2013

5 Kesilapan Ketika Melakukan Pemasaran Emel part 3



Kesilapan Ketiga : Spam Dengan Bermacam-Macam Tawaran.



Antara kesilapan paling teruk dalam pemasaran emel adalah melakukan promosi membuta tuli. Anda perlu faham, pemilik emel adalah manusia dan bukannya robot. Manusia mempunyai perasaan. Jika anda melakukan promosi membuta tuli, pemilik emel menganggap anda sebagai spammer. Oleh itu, secara rasminya kreibiliti anda akan tercalar.
Anda perlukan langkah yang konsisten. Tidak mengapa jika anda bermula lewat untuk sesuatu cabaran affiliate, yang penting hubungan anda dengan subscriber anda selamat. Jika tidak, emel yang anda hantar pasti akan di cop spam oleh pemilik emel atau lebih teruk mereka akan terus setkan alamat emel anda sebagai spam.
Mulakan promosi dengan pengenalan produk, kemudian sertakan kehebatan produk tersebut, risiko yang perlu di tanggung dan seterusnya membawa pelanggan untuk melakukan tindakan iaitu membeli.


Sunday, 25 August 2013

5 Kesilapan Ketika Melakukan Pemasaran Emel part 2



Kesilapan Kedua : Tidak Sabar Untuk Promosi Produk Kepada List Yang Baru Masuk.

Baru je daftar, anda sudah lakukan promosi pada emel tersebut. Perbuatan ini tida salah tetapi sangat salah. Anda pasti rasa menyampah jika anda masuk ke dalam kedai dan di paksa membeli sesuatu di dalam kedai tersebut. Sama juga dengan perasaan pemilik emel ini.
Dalam pemasaran emel, anda perlu ada tempoh bertenang. Mulakan dengan pengenalan dan beri apa yang subscriber anda mahukan iaitu maklumat yang anda janjikan atau apa sahaja yang anda janjikan. Selepas itu, barulah anda lakukan promosi secara berhemah pada senarai emel anda.
Pandangan pertama adalah penting. Jika anda melakukan promosi pada emel pertama anda kepada pelanggan anda. Emel yang di hantar anda seterusnya, mungkin tidak akan di buka langsung oleh pemilik emel tersebut. Lebih teruk, mereka mungkin akan terus buang emel anda dengan hanya melihat nama anda sahaja.